‘Sedia rancangan naikkan gaji, bukan ajar cara nak makan’ - James Chin

James Chin
James Chin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan dicadangkan membuat rancangan menaikkan kadar gaji yang lebih baik dan bukannya menghalang orang ramai makan di luar.

Pengarah Pengajian Asia Universiti Tasmania, Profesor Dr James Chin berkata, masyarakat memilih makan di luar kerana ia lebih murah berbanding memasak untuk individu atau lebih.

“Bukan tanggungjawab kerajaan memberitahu orang ramai cara untuk makan, tetapi kelemahan ekonomi dan kadar gaji yang tidak stabil menyebabkan masalah ini berlaku.

“Tolong lakukan rancangan untuk menaikkan gaji, bukan mengajar cara masyarakat nak makan,” katanya menerusi hantaran di platform X pada Selasa.

Baru-baru ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tabiat ketagih untuk makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan rakyat di negara ini dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.

Ujarnya, akibat daripada amalan tidak sihat itu juga mengakibatkan mereka mengalami penyusutan pendapatan dan menjadi lebih sensitif terhadap inflasi mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun.

Mengulas lanjut, menurut James, majoriti rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan kotor dan bekerja melebihi masa serta menjadi mangsa buli oleh beberapa majikan.

Beliau berkata, dengan menikmati makanan di luar masyarakat boleh mendapatkan sedikit kegembiraan dan menikmati kehidupan lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Jika mereka boleh mendapatkan sedikit kegembiraan dengan makan di luar, biarkan mereka,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!