JHEAINS: Serah segera buku Suhuf Abraham, Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain

JHEAINS arah lapor, serah buku Suhuf Abraham dan Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain selepas disyaki meragukan. - Foto: JHEAINS
JHEAINS arah lapor, serah buku Suhuf Abraham dan Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain selepas disyaki meragukan. - Foto: JHEAINS
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) mengarahkan mana-mana pihak yang menjumpai dua buah buku berjudul Suhuf Abraham dan Suka Duka Perjalanan Dhul-Qarnain agar segera menyerahkannya kepada jabatan tersebut.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, buku berkenaan dipercayai mengandungi fahaman yang meragukan umat Islam dan boleh mendatangkan kesan negatif terhadap akidah umat Islam di negeri ini.

"Ia telah mula diedarkan di beberapa buah masjid di seluruh Negeri Sembilan.

"Sehubungan itu, semua pengerusi jawatankuasa surau dan masjid diarahkan untuk melaporkan dan menyerahkan buku tersebut kepada JHEAINS sekiranya ia didapati dan ditemui di masjid serta surau kariah masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Zaidi berkata, mereka juga dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pengedaran dan penyebaran bahan penerbitan atau bacaan yang meragukan ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!