Dituduh bayar Mondy Tatto, Caprice minta netizen jawab dengan Tuhan

Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.
Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.
A
A
A

PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice memaklumkan kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan itu sehingga kebenaran terbukti.

Ia susulan tindakan Mondy Tatto yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew, membuat pendedahan menerusi podcast milik Caprice sehingga ada pihak menuduhnya membayar Mondy untuk mereka cerita.

“Kepada yang caci, maki dan tuduh kita bayar Mondy untuk reka cerita, Cap nak kau orang ‘screenshot’ (tangkap layar) komen-komen kau orang. Bingkai dan letak tepi ruang solat.

“Insya-ALLAH satu hari nanti bila mangsa-mangsa dapat keadilan, kau orang boleh baca balik komen masing-masing dan fikir balik nak jawab apa dekat Tuhan,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, beberapa netizen menulis pendapat berbeza terhadap tindakan Caprice yang membuat pendedahan berkaitan.

“Stop campur hal orang yg bukan urusan kita. Andai benar dia salah, Insya-ALLAH dia akan terima hukuman dunia. Tapi jika dia tidak bersalah, boleh jatuh fitnah. Dosa dengan tuhan, ALLAH boleh maafkan. Tapi dosa dengan manusia, awak rasa mudah ke tuk dapatkan kemaafan. Kita pun ada dosa sendiri jugak,tapi bagusnya sebab Allah tutup aib kita,” tulis pemilik akaun Ameera_empire_.

Dalam masa sama, Caprice juga diminta tidak mencampuri urusan orang lain dan tidak fokus kepada kesalahan orang lain.

“ALLAH tutup aib kita, kita buka aib orang Andai dia salah bukan kerja kita untuk menghukum dia. STOP jatuhkan orang, kita pun bukan sesempurna mana pun untuk menilai baik buruk orang,” tulis pemilik akaun Kingzaherr. - Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!