Liga Europa bukan pentas eksperimen Liverpool

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

LIVERPOOL akan menyingkap kempen Liga Europa dengan cara sempurna apabila mempunyai kecukupan skuad untuk menyerlah dalam Liga Perdana Inggeris dan saingan tahap kedua Eropah itu, kata pengendali Jurgen Klopp.

Juara Eropah enam kali Liverpool terlepas peluang ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim penuh pertama Klopp pada 2016-17.

The Reds mara ke final Liga Europa 2016 di bawah kendalian Jerman itu menegaskan mara ke pentas final kejuaraan adalah sasaran sekali lagi.

“Pertama sekali, saya fikir kita semua perlu memastikan bahawa Liverpool menghormati kejuaraan ini dengan cara yang betul, malah kita menghormati pihak lawan dengan cara yang betul.

"Saya sangat ingin pergi ke final kejuaraan ini itu sesuatu yang jelas, tetapi saya tidak tahu sama ada kami boleh mencapai itu kerana akan ada banyak pasukan bola sepak yang hebat di antara kami mengintai sasaran itu, jadi kami perlu memastikan kami beraksi pada tahap terbaik setiap perlawanan," katanya.

Liverpool akan memulakan kempen Kumpulan E kelab Eropah tahap dua berdepan kelab Austria, LASK di Stadium Raiffeisen Arena pada Jumaat sebelum menerima kunjungan West Ham United dalam aksi liga di Anfield pada Ahad

Dalam pada, itu biarpun Akademi Liverpool mula mengeluarkan bakat pelapis baharu, namun Klopp memberi jaminan tidak akan mengunakan Liga Europa sebagai tempat membuktikan kemampuan pemain muda.

“Kami mempunyai bakat sebenar di sana, tetapi Liga Europa bukan pentas eksperimen.

Artikel Berkaitan:

"Saya fikir jika kami tidak dilanda krisis kecederaan maka kami sepatutnya mempunyai cukup pemain untuk diturunkan pada Jumaat dan Ahad dalam pasukan utama dan itulah ideanya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!