Pengendali Kawasaki terkejut aksi mantap JDT

Aksi bertenaga daripada Arif Aiman (kanan) menentang Kawasaki Frontale. Foto: FB Johor Southern Tigers
Aksi bertenaga daripada Arif Aiman (kanan) menentang Kawasaki Frontale. Foto: FB Johor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI Kawasaki Frontale, Toru Oniki mengakui terkejut dengan prestasi dan aksi mantap yang dipamerkan Johor Darul Ta'zim (JDT) walaupun pasukannya menang 1-0 pada aksi sulung Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa.

Menurutnya, prestasi skuad Harimau Selatan itu nyata berbeza musim ini berbanding musim lalu ketika menewaskan mereka 5-0 musim lalu.

Bagaimanapun katanya, kali ini aksi kedua-dua pasukan cukup sengit namun benteng pertahanan berjaya mengekang asakan-asakan tersebut.

“JDT mempamerkan aksi berkualiti di sepanjang perlawanan terutamanya daripada segi skil pemain mereka dan ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan musim lalu hingga saya terpaksa memberikan arahan untuk bertahan pada babak kedua kerana mahu mengekalkan kelebihan dan kemenangan untuk tiga mata pertama.

“Yang lebih menggembirakan saya lagi, benteng pertahanan kami telah beraksi dengan baikbagi mengelakkan JDT meledak jaringan.

“Lagipun, memang sangat penting untuk menang pada perlawanan pertama. Kami juga berjaya memberikan kemenangan kepada media sejurus tamat perlawanan.

Pada aksi Kumpulan I, ACL 2023, JDT tewas 0-1 kepada Kawasaki Frontale hasil jaringan masa kecederaan, separuh masa pertama.

Sementara itu, Oniki turut memuji corak permainan yang ditampilkan pemain paling bernilai Liga Super, Arif Aiman Hanapi yang disifatkannya seorang pemain yang berbahaya.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, kelincahan Arif Aiman juga sukar disekat kerana pemain itu dilihat memiliki kelebihan menggelecek yang bagus.

“Arif Aiman sangat kuat dan kami sudah memberitahu pemain supaya mengawalnya di sepanjang perlawanan.

"Ini kerana kelebihan menggeleceknya yang bagus dania ternyata boleh membahayakan kubu kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!