Cristiano Ronaldo bertemu pelukis kurang upaya
PENYERANG Al Nassr FC, Cristiano Ronaldo bertemu artis kurang upaya Iran, Fatemeh Hamami di ibu pejabat kelab itu di Tehran.
Dalam pertemuan itu, Fatemeh menyerahkan dua potret lukisannya kepada Ronaldo yang dihasilkan menggunakan kakinya.
Karya Fatemeh, yang merupakan peminat bola sepak tegar, tular selepas dia memuat naik di akaun Instagram.
Selain potret Ronaldo, Fatemeh sebelum ini turut menghasilkan potret pemain lain, seperti Lionel Messi dan lagenda bola sepak, Ali Daie.
Ali Daei sebelum ini mendedahkan Fatemah mempunyai 85 peratus kekurangan fizikal.
Namun, keberanian dan keazaman untuk menunjukkan sisi kreatifnya sangat dihargai. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!