Barcelona belasah Antwerp 5-0

Felix - Foto AFP
Felix - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Barcelona, ​​Joao Felix menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Royal Antwerp 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan H Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys pada awal pagi Rabu.

Kelab gergasi Sepanyol itu mendominasi penguasaan bola dengan hantaran pantas ketika Felix, Lewandowski dan Gavi semuanya cemerlang meledak gol.

"Antara kemenangan ini dan 5-0 menentang Betis pada hari Sabtu, saya fikir ini mungkin kualiti permainan terbaik yang kami hasilkan sejak saya mengambil alih.

"Ini adalah jalan yang kita mahu lalui. Pasukan ini membuatkan saya bangga," kata pengendali Barcelona, Xavi Hernandez.

Felix yang ditandatangani ketika penghujung jendela perpindahan musim panas lalu membuka jaringan dengan percubaan pertama tuan rumah pada minit ke-11.

Pemain Portugal itu kemudian melakukan bantuan gol membolehkan Robert Lewandowski menggandakan kelebihan mereka lapan minit kemudian apabila penyerang Poland itu menjadi pemain ketiga yang menjaringkan 100 gol dalam pertandingan Eropah selepas Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Raphinha membantu menjadikan kedudukan 3-0 untuk juara Eropah lima kali itu selepas 22 minit.

Bersambung separuh masa kedua, Barcelona tidak perlu menunggu lama apabila Gavi menjadikan kedudukan 4-0 sebelum Felix menambah satu lagi gol melalui tandukan untuk melengkapkan kemenangan bergaya pasukan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!