Polis rakam keterangan Caprice, Mondy

Caprice (kiri) dan Mondy Tattoo
Caprice (kiri) dan Mondy Tattoo
A
A
A

SUBANG JAYA - Polis telah merakam percakapan aktivis kemanusiaan, Caprice dan pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo berkaitan laporan yang dibuat pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar berkata, rakaman percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor bagi siasatan lanjut.

"Dua individu iaitu Ariz Ramli (Caprice) dan Dita Restu Amanda (Mondy) telah dirakam percakapan bagi siasatan lanjut berkaitan laporan yang dibuat Ebit Lew sebelum ini.

"Bagi melengkapkan lagi siasatan, beberapa orang saksi lain lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Pada Rabu, polis memaklumkan akan merakam keterangan Caprice dan Mondy bagi siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya telah menerima arahan untuk menyiasat kes terbabit.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan polis mengesahkan menerima laporan Ebit Lew berkaitan satu dakwaan fitnah.

Laporan polis dibuat pada jam 2.17 pagi itu susulan dakwaan pendakwah tersebut difitnah menerusi satu program bual bicara menerusi media sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!