18 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Ketua Polis KL

Datuk Allaudeen Abdul Majid (kanan). - Foto Bernama
Datuk Allaudeen Abdul Majid (kanan). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 18 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKKL) dikenakan tindakan buang kerja atas kesalahan dadah, tidak hadir bertugas dan jenayah dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, selain mereka, enam anggota polis turut diturunkan pangkat untuk tempoh yang sama.

"Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kuala Lumpur juga telah membuka sebanyak 157 kertas siasatan bagi tempoh berkenaan.

"Ia merupakan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 164 kertas siasatan melibatkan pelbagai salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Beliau berkata, tindakan tegas berkenaan diambil bagi memastikan standard perkhidmatan polis yang berkualiti dapat disampaikan kepada masyarakat.

"Kegagalan melaksanakan penyeliaan berkesan antara punca berlakunya salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis.

"Saya menuntut kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua penyelia supaya bertanggungjawab atas penyeliaan serta menjalankan pemantauan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau meminta pemantauan berkenaan dijalankan tanpa pilih kasih, kronisme dan melindungi mana-mana pihak. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!