Anak bekas PM Singapura didakwa
SINGAPURA - Anak lelaki bekas Perdana Menteri Singapura, Goh Chok Tong yang memegang jawatan antara 1990 dan 2004 didakwa atas kesalahan penipuan pasaran.
Pihak berkuasa pada Rabu memaklumkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), New Silkroutes Group (NSG), Goh Jin Hian berdepan tuduhan itu bersama tiga individu termasuk dua bekas eksekutif syarikat pegangan pelaburan tempatan tersebut.
Keempat-empat tertuduh berdepan 31 pertuduhan melakukan perdagangan palsu dengan memanipulasi harga sekuriti NSG pada 2018.
“Kesemua mereka terlibat dengan konspirasi yang bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan,” ujar kenyataan itu lagi.
Jika disabit bersalah, mereka boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau dengan S$250,000 (RM858,763) atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.
Selain itu, Jin Hian, 54, juga berdepan lapan pertuduhan lagi perdagangan palsu kerana didakwa melakukan urus niaga itu melalui akaun dagangan peribadinya untuk menaikkan harga antara 31 Ogos dan 4 Disember 2018. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!