'Ke mana hala tuju selepas ini' - Hantaran terakhir mangsa nahas Putrajaya

Syafiq menunjukkan hantaran terakhir Allahyarham yang dikongsikan menerusi Instagram empat hari lalu.
Syafiq menunjukkan hantaran terakhir Allahyarham yang dikongsikan menerusi Instagram empat hari lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - "Ke mana hala tuju selepas ini."

Itu antara hantaran terakhir dikongsikan Faris Haziq Abu Bakar, 25, yang maut dalam nahas melibatkan 14 kenderaan di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara di sini menerusi laman Instagram miliknya empat hari lalu.

Rakan Allahyarham, Syafiq Abu Suffian, 25, berkata, dirinya tidak menyangka hantaran tersebut adalah antara yang terakhir dikongsikan Allahyarham.

"Arwah yang saya kenali merupakan seorang insan ceria dan suka bergurau dengan rakan-rakannya, namun sejak beberapa hari lalu, arwah lebih gemar berdiam diri.

"Tapi perubahan sikapnya itu tidaklah ketara, kami pun tak sangka itu antara petanda yang dia akan meninggalkan kami buat selamanya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya di sini pada Rabu.

Seorang lagi rakan Allahyarham, Muhammad Azren Nordin, 30, berkata, Allahyarham adalah individu yang amat mementingkan persahabatan.

Muhammad Azren
Muhammad Azren

"Saya kenal dia sejak tujuh tahun yang lalu. Dia memang amat rapat dengan kami. Kalau kata nak pergi ke mana-mana, mesti dia akan ajak kami bersama.

Artikel Berkaitan:

"Saya akui amat terasa kehilangan arwah, tak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika ini. Saya doakan agar roh Allahyarham sentiasa dicucuri rahmat dan diberikan kekuatan buat keluarganya menghadapi semua ini," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.14 pagi itu, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh individu lain cedera apabila sebuah treler merempuh 13 kenderaan di Persiaran Utara di sini.

Kejadian berlaku apabila kesemua kenderaan terlibat berhenti untuk memberi laluan kepada latihan konvoi Le Tour de Langkawi (LTDL) di lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!