TFC tewaskan Central Coast Mariners 1-0

Aksi TFC menentang Central Coast Mariners di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.
Aksi TFC menentang Central Coast Mariners di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.
A
A
A

TERENGGANU FC (TFC) memulakan langkah kanan dalam saingan kumpulan G Piala AFC selepas menundukkan Central Coast Mariners 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.

Babak pertama dimulakan dengan aksi garang oleh pasukan pelawat dengan melancarkan serangan seawal minit kedua disusuli sepakan percuma pada minit ke-11 yang sedikit tersasar ke sebelah kanan gawang.

Pasukan tuan rumah mempunyai peluang mencetak gol pertama pada minit ke-15, namun tendangan Ivan Mamut jauh tersasar melepasi palang.

Pada minit ke-27, skuad Abbas Saad hampir mencetak gol pertama menerusi Angel Quinones, namun malangnya rembatannya dari dalam kotak penalti tinggi melepasi palang.

Peluang terbaik TFC untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan hadir minit ke-30 namun gagal disempurnakan Mohd Nor Hakim Hassan.

Bagaimanapun kesilapan pemain pertahanan lawan, Nathan Paull yang tertampan bola lalu masuk ke gawang sendiri pada masa tambahan babak pertama.

Bersambung babak kedua, TFC yang kembali mengatur rentak tidak menunggu lama untuk melakukan serangan ke gawang pasukan lawan.

Pada minit ke-47, skuad Penyu hampir menambah jaringan namun rembatan deras Sony Norde dari dalam kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol pelawat, Daniel Vukovic yang juga kapten pasukan.

Artikel Berkaitan:

Pasukan pelawat yang tertekan untuk mencari gol penyamaan bangkit melakukan serangan mempunyai peluang pada minit ke-72, tetapi berjaya diselamatkan pertahanan tuan rumah yang bersedia lebih awal.

Baki masa perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan untuk menjadikan TFC kekal mendahului

Central Coast Mariners 1-0.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!