Penunggang motosikal maut terperosok bawah MPV

Keadaan motosikal dan MPV yang terbabit kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan pada Khamis.
Keadaan motosikal dan MPV yang terbabit kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan pada Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan di sini pada Khamis.

Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 7.59 pagi itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV selamat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan MPV jenis Toyota Avanza manakala penunggang terperosok di bawah kenderaan itu.

"Pihak bomba menggunakan beg udara untuk mengangkat MPV itu sebelum mayat mangsa dapat dikeluarkan.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!