Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Isu niqab: UK tak mahu masuk campur, hormat pilihan individu

21 September 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 21 SEPTEMBER 2023

United Kingdom (UK) melalui Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Ailsa Terry menegaskan, mereka mempunyai pandangan berbeza berkenaan isu pemakaian burqa dan niqab oleh wanita Muslim yang menjadi kontroversi di negara Eropah.

Menurut Ailsa, oleh kerana di UK terdapat pelbagai lapisan masyarakat dan agama, golongan wanita bebas untuk mengenakan sebarang pakaian yang mereka mahu.

Katanya, di UK, kerajaan juga tidak berniat masuk campur hal individu dan mereka akan mendapat peluang sama rata dalam bidang pekerjaan juga pendidikan.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif Sinar Harian dan Sinar Daily pada Isnin.

Artikel: https://shorturl.at/jknFV

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian