Sekolah di Perancis daftar kambing sebagai 'pelajar'

Majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 200 orang termasuk guru dan pelajar Sekolah Rendah Jules Ferry bagi meraikan kemasukan 15 'pelajar'. - Foto Ludivine
Majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 200 orang termasuk guru dan pelajar Sekolah Rendah Jules Ferry bagi meraikan kemasukan 15 'pelajar'. - Foto Ludivine
A
A
A

CRETS-EN-BELLEDONNE - Sekolah Rendah Jules Ferry di Crêts-en-Belledonne, sebuah bandar kecil di kaki gunung Alps yang dihuni kurang 4,000 orang dilapor mendaftarkan 15 ekor kambing sebagai 'pelajar'.

Langkah simbolik tersebut diambil sebagai usaha menyelamatkan kelas di sekolah terbabit daripada ditutup.

Selepas pihak berkuasa tempatan mengumumkan rancangan menutup salah satu dari 11 kelas di sekolah itu ekoran penurunan jumlah pelajar, seorang pengembala tempatan tampil membantu dengan mendaftarkan beberapa ekor kambing miliknya.

Menurut laporan media tempatan, The Local, Michel Girerd mahu membantu ibu bapa yang bimbang pendidikan anak-anak mereka bakal terjejas sekiranya kelas ditutup.

Girerd datang ke sekolah itu dengan hampir 50 ekor kambing, 15 daripadanya didaftarkan secara rasmi selepas mengemukakan sijil kelahiran.

Kemasukan 'pelajar' baharu ke sekolah itu minggu lalu diraikan dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri kira-kira 200 orang termasuk guru, pelajar dan pihak berkuasa.

Langkah mendaftar kambing-kambing tersebut sebagai 'pelajar' turut mendapat sokongan Datuk Bandar Jean-Louis Maret yang mengecam pihak berkuasa pendidikan kebangsaan kerana lebih memikirkan penurunan jumlah pelajar berbanding kebajikan mereka. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!