Simpan alatan memasak dalam tandas, kedai makan kotor diarah tutup

JKNK Kelantan berkongsi salah satu tindakan peniaga makanan yang meletakkan peralatan memasak di dalam tandas.
JKNK Kelantan berkongsi salah satu tindakan peniaga makanan yang meletakkan peralatan memasak di dalam tandas.
A
A
A

PASIR PUTEH - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan lapan premis menjual makanan di sekitar Pasir Puteh dekat sini ditutup selepas gagal mencapai tahap kebersihan yang telah ditetapkan.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua premis itu diarah tutup selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Lebih mengejutkan apabila pihaknya tutut berkongsi tindakan peniaga makanan meletakkan peralatan memasak di dalam tandas.

"Pemilik premis makanan yang tidak mematuhi perintah penutupan premis makanan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, sepanjang operasi itu sebanyak 109 notis dikeluarkan kepada pemilik premis dan pengendali makanan di atas pelbagai kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Ujarnya, daripada jumlah tersebut 91 notis dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Peraturan 32, iaitu berkaitan dengan pakaian pengendali makanan.

Dr Zaini memberitahu, selebihnya ia melibatkan kesalahan di bawah Peraturan 33, Peraturan 38, Peraturan 32B dan Peraturan 11.

"Melalui operasi ini sebanyak 52 buah premis makanan telah diperiksa melibatkan kekuatan 77 orang kakitangan JKNK.

"JKNK sentiasa peka dan mengambil berat isu berkaitan keselamatan dan kualiti makanan di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, JKNK menasihatkan orang ramai khususnya yang mengunjungi premis makanan di daerah Pasir Puteh dan juga di seluruh negeri supaya memilih premis makanan yang bersih ketika makan di luar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!