Onana akui kesilapan bawa padah buat United

Onana mengambil tanggungjawab di atas kekalahan United kepada Bayern dalam aksi Liga Juara-Juara di Munich pada Khamis. - Foto EPA
Onana mengambil tanggungjawab di atas kekalahan United kepada Bayern dalam aksi Liga Juara-Juara di Munich pada Khamis. - Foto EPA
A
A
A

PENJAGA gol Manchester United, Andre Onana mengakui kesilapannya di atas kekalahan The Red Devils 3-4 kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara di laman lawan awal pagi Khamis.

The Red Devils pada mulanya beraksi dengan baik di Allianz Arena sebelum rembatan Leroy Sane gagal ditampan kemas Onana yang menyaksikan tuan rumah mendahului pada minit ke-28.

“Selepas kesilapan saya, kami hilang kawalan permainan. Ia adalah situasi yang sukar untuk saya dan pasukan. Saya mengecewakan pasukan,” kata Onana.

Selepas gol Sane itu, Bayern menambah tiga lagi jaringan menerusi Serge Gnabry pada minit ke-32 disusuli sepakan penalti Harry Kane (m-53) dan Mathys Tel (m-90).

Tiga gol United pula hasil sumbangan Rasmus Hojlund (m-49) dan dua jaringan oleh Casemiro (m-88 dan m-95), namun belum cukup untuk menafikan kemenangan Bayern dalam aksi Kumpulan A itu.

Kekalahan ketiga berturut-turut mencetus tekanan buat pengurus United, Erik ten Hag.

Onana menyertai United pada awal musim ini bagi menggantikan David de Gea.

“Permulaan saya di Manchester tidak begitu baik, ia bukan seperti yang saya mahu (bermain). Ini adalah antara aksi terburuk saya dan ia sukar kerana kami mempunyai cita-cita besar.

Artikel Berkaitan:

“Kami mahu memenangi segala-galanya, ia adalah peluang besar untuk kami bangkit selepas situasi sukar ini.

“Kami perlu bersama dan belajar daripada kesilapan,” kata Onana.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!