Hindari bersangka buruk, hukum sewenang-wenangnya - MAIS
SHAH ALAM - Majlis Agama lslam Selangor (MAIS) menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin ldrís Shah yang menzahirkan kebimbangan baginda berhubung perpaduan dan kehamonian pelbagai kaum di negeri Selangor.
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, dalam hal ini, Malaysia adalah sebuah negara yang mayarakatnya bersifat majmuk.
Menurutnya, kemajmukan itu akan menimbulkan perbezaan antara etnik dari segi budaya dan agama, namun setiap orang diberikan kebebasan beragama dan berbudaya.
"Islam menentang segala perkara membawa kepada perpecahan kerana Islam amat menitikberatkan perpaduan sesama lslam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, MAIS berharap agar umat Islam dapat bersama-sama merapatkan saf, bersatu-padu demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
"Sesungguhnya perpaduan adalah asas kepada keharmonian dan pembangunan sesebuah negara, sebaliknya perpecahan, perbalahan dan permusuhan akan membawa kahancuran dan kemusnahan," kata Abdul Aziz.
MAIS juga menyeru kepada semua masyarakat agar barsama-sama menjunjung titah Sultan Selangor.
"Marilah bersama-sama menghindari perbuatan dan budaya bersangka buruk, menfitnah, mencela, menghukum sewenangnya agar apa juga perbezaan memberi niai tambah kepada kemakmuran negeri dan negara dan bukannya menjadi punca perbalahan," katanya.
Beliau berkata, ia sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW: "Hendaklah kamu bersungguh-sungguh maluruskan saf-saf kamu atau ALLAH sungguh-sungguh akan memperselisihkan di antara wajah-wajah kamu." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ujarnya lagi, sebagai pihak berkuasa agama berkaitan pentadbiran agama lslam di negeri Selangor, MAIS amat menitberatkan perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat majmuk di negeri berkenaan.
"Khususnya kita masyarakat Islam mestilah sentiasa menunjukkan sikap hormat-menghormati di antara sesama manusia yang menupakan tuntutan agama lslam.
"Juga saling menghormati kepercayaan agama dan bangsa yang pelbagai khususnya di Selangor ini agar keharmonian dan perpaduan sentiasa dapat dipelihara," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!