[SINAR LIVE] Reset Kesihatan dengan al-Quran
[SINAR LIVE] Reset Kesihatan dengan al-Quran
Al-Quran sebagai mukjizat teragung barangkali satu hakikat yang kita sudah sedia maklum namun tidak dimanfaatkan akibat kurangnya kesedaran dan pengetahuan tentang kitab suci ini.
Justeru, Gerakan Wellness #QuranicValley dalam misi Al-Quran dan Sains sebagai solusi untuk Reset Kesihatan melalui Pola Pemakanan, Budaya Hidup (Lifestyle), Pemikiran & Spiritual berlandaskan Al-Quran dimulakan menerusi Seminar Soul Fitness & Welness Breakaway pada 28 September nanti.
Apakah pengisian program ini? Bagaimana ia memposisikan pengajaran dari Surah al-Insan untuk memberi suntikan motivasi kepada pesakit-pesakit kronik dan individu yang ingin belajar cara menjaga kesihatan spiritual, emosi dan fizikal?
Dapatkan jawapan kepada segala persoalan di atas menerusi forum Sinar Live bertajuk “Reset Kesihatan dengan al-Quran” bersama-sama Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Tuan Haji Fazrul Ismail dan Jurulatih Integrated Cancer Care Recovery, Dr Yasmeen Mohamed di platform digital Sinar Harian.
Facebook: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/1407560913155736
Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=3gkd1d383Lc
Twitter: https://twitter.com/i/broadcasts/1eaKbgblXgoGX
#SinarLive #SinarHarian #SoulFitness #wellnessquranicvalley