Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Lelaki, remaja Rohingya didakwa rogol budak sekolah dalam kereta

21 September 2023 | Berani Semuka
A
A
A
BERITA MOJO 21 SEPTEMBER 2023

Lelaki dan remaja warga Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Melaka pada Khamis, atas tuduhan merogol, melakukan serangan seksual serta mencabul seorang remaja perempuan di dalam sebuah kereta di Pantai Klebang, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh, Mohamad Osman Boshor, 27, dan remaja berusia 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail dan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Muzik: Elavate dari Bensound

Artikel berkaitan: https://bitly.ws/Vj48

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #MojoLIve #SinarTerkini