'Lebih tak perikemanusiaan jika rakyat tak dapat beras tempatan'

Muhamad Akmal
Muhamad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan sekatan ke atas warga asing membeli beras tempatan adalah bersifat sementara untuk menyelesaikan isu kekurangan bekalan asas itu jika ianya boleh dilaksanakan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tidak wajar sekiranya mengaitkan cadangan itu dilihat sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, lebih tidak berperikemanusiaan sekiranya rakyat Malaysia hanya mampu tengok sahaja warga asing beli beras tempatan yang disubsidi kerajaan.

“Langkah tidak berperikemanusiaan katanya?

“Bila beras dah cukup dan ada lebihan, bagi lah siapa nak beli, ini isu beras tempatan tak cukup ya Datuk,” katanya menerusi Facebook pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr Jacob George yang menuduh cadangan itu tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di sini.

Muhamad Akmal turut menggesa presiden CASSA itu turun ke lapangan bagi mendapat gambar sebenar isu yang sedang berlaku.

“Mohon Datuk ni pergi turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Akmal sebelum ini mempertahankan cadangannya untuk melarang penjualan beras tempatan kepada warga asing berikutan kenaikan harga yang didorong oleh kekurangan bekalan di pasaran.

Beliau menjelaskan bahawa isu ini bukan soal diskriminasi, dengan menyatakan keutamaan harus diberikan kepada rakyat Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!