Liverpool bangkit jinakkan LASK

Nunez
Nunez
A
A
A

LIVERPOOL ketinggalan buat kali keempat dalam lima perlawanan musim ini, bangkit menewaskan LASK Linz 3-1 dalam perlawanan Kumpulan E Liga Europa di Raiffeisen Arena, Austria pada Jumaat.

Kemenangan ke atas Linz menyaksikan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menjadi ketua jurulatih pertama memenangi 50 perlawanan Eropah di kelab Merseyside itu.

Liverpool, bermain dalam Liga Europa buat kali pertama sejak menamatkan saingan naib juara pada 2016, menukar keseluruhan 11 pemain dalam perlawanan menentang LASK.

Angkatan Klopp terlebih dulu ketinggalan hasil percubaan roket Florian Flecker minit ke-14 bagi memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, ketinggalan satu gol menyaksikan Klopp mula memasukkan kesebelasan utama pemain bagi menggantikan pemain remaja sebelum ini.

Darwin Nunez menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti pada minit ke-55 selepas Luis Diaz dijatuhkan.

Kemudiannya hantaran Ryan Gravenberch, pada penampilan sulungnya, lintang rendah untuk Diaz membolehkan pemain itu menjaringkan gol kedua minit ke-63 dari jarak dekat.

Dua minit sebelum tamat Mohamed Salah, pemain gantian separuh masa kedua, menjaringkan gol ketiga pada minit ke-88.

Artikel Berkaitan:

“Saya benar-benar gembira, kerana saya pernah berkata sebelum ini, saya tahu ia akan sukar dan sememangnya sukar...

“Kemenangan yang wajar pada akhirnya, dan itu sahaja," kata Klopp.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!