Messi belum pasti beraksi Piala Dunia 2026

MESSI
MESSI
A
A
A

KAPTEN Argentina, Lionel Messi tidak pasti akan beraksi dalam Piala Dunia yang akan dihoskan bersama oleh Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada pada 2026, apabila ketika itu dia sudah berusia 39 tahun.

“Saya tidak tahu sama ada saya akan sampai ke sana. Saya belum memikirkannya lagi kerana ia masih jauh,” katanya kepada personaliti media Argentina Miguel Garrados dalam satu wawancara yang disiarkan di YouTube pada Khamis.

Buat masa ini, Messi berkata, dia fokus pada kejohanan Copa America 2024.

“Selepas Copa America kita akan lihat, ia bergantung kepada perasaan saya. Masih ada tiga tahun lagi,” katanya.

Messi mengetuai Argentina meraih kemenangan menentang Perancis dalam perlawanan akhir Piala Dunia di Qatar Disember lalu.

Dalam temu bual itu, dia mengulangi kekecewaannya kerana tidak menerima "pengiktirafan" yang sepatutnya bersama kelab Paris Saint-Germain selepas menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar.

Dia mendakwa menjadi satu-satunya pemain Argentina menjulang Piala Dunia 2022 yang tidak mendapat pengiktirafan daripada kelabnya.

“Ia bukanlah apa yang saya jangkakan tetapi saya selalu mengatakan bahawa perkara berlaku atas sebab tertentu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemenang tujuh kali Ballon d'Or itu sudah beberapa kali menyatakan bahawa dia tidak berpuas hati ketika di PSG sebelum berpindah ke Florida bermain untuk Inter Miami.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!