Polis cekup empat individu positif dadah

Individu yang dicekup kerana didapati positif dadah.
Individu yang dicekup kerana didapati positif dadah.
A
A
A

KLUANG – Polis menahan empat individu yang didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing dalam satu operasi perdagangan bersepadu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang di Kilometer (KM) 57.8, Jalan Batu Pahat-Mersing pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kesemua individu terbabit merupakan empat daripada 20 individu warga tempatan yang ditahan dalam operasi berkenaan.

“Dalam operasi sekitar jam 9 pagi itu, seramai 20 individu warga tempatan ditahan dan hasil ujian saringan awal air kencing, empat daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 33 tahun didapati positif dadah jenis Methaphetamine.

“Selain itu, dalam operasi yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kluang itu, polis turut menahan 61 individu selain turut memeriksa sebanyak 55 kenderaan.

“Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Bahagian Siasatan Narkotik itu menyaksikan sebanyak 18 saman PDRM (K) 237 dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,” katanya.

Sementara itu, Bahrin berkata, pihaknya akan terus melaksanakan operasi sedemikian dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya dengan mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Justeru katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 07-7784222, 07-7784256, 07-7766822 dan 014-365682.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!