Pelajar sekolah, rakan didakwa rogol remaja 14 tahun

Seorang pelajar bersama rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp, minggu lalu.
Seorang pelajar bersama rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp, minggu lalu.
A
A
A

IPOH - Seorang pelajar bersama rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas dua pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dikenali melalui aplikasi WhatsApp, minggu lalu.

Tertuduh berusia 16 dan 17 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua remaja itu didakwa merogol remaja perempuan berkenaan yang ketika itu berusia 14 tahun 6 bulan di sebuah rumah di Jalan Gopeng, Kampung Sindu, Ipoh antara jam 4.30 petang pada 15 September 2023.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa merogol mangsa yang sama di rumah sama jam lebih kurang 9.30 malam pada 16 September 2023.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor N Ganesan manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Mohamad Khazali Yin.

Mahkamah kemudian memerintahkan mereka dikenakan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah turut menetapkan 1 November depan sebagai sebutan kes, serahan dokumen serta laporan perubatan.

Tangkapan terhadap pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah tahfiz dan rakannya yang sudah tidak bersekolah itu dibuat Ahad lalu susulan laporan polis oleh ibu mangsa.

Hasil temu bual, mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki yang baharu dikenalinya melalui laman sosial WhatsApp.

Kedua-dua tertuduh sebelum ini direman lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!