MAIDAM bantu saudara baharu sambung pengajian

Ahmad Azrin (dua dari kiri) menyerahkan bantuan komputer riba kepada Ayra Mikayla (dua dari kanan) yang menerima bantuan pembiayaan pendidikan oleh MAIDAM.
Ahmad Azrin (dua dari kiri) menyerahkan bantuan komputer riba kepada Ayra Mikayla (dua dari kanan) yang menerima bantuan pembiayaan pendidikan oleh MAIDAM.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) meluluskan peruntukan sebanyak RM54,767 bagi membiayai pengajian seorang saudara baharu yang akan menyambung pelajaran dalam tempoh tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, bantuan itu diberikan kepada Ayra Mikayla Theodore, 21, dari Kampung Hiliran Binjai, Chabang Tiga, di sini yang telah memeluk Islam sejak 22 Mei lalu.

Menurutnya, Ayra Mikayla akan menyambung pengajian dalam Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC), Kuala Lumpur bermula 26 Julai lalu sehingga Julai 2026.

"Bantuan ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya melibatkan yuran pengajian untuk tempoh tiga tahun (RM18,000) dan yuran penginapan sebanyak RM8,280 dalam tempoh sama yang dibayar terus kepada pihak institusi.

"Kita juga turut menyalurkan bantuan awal pengajian sebanyak RM1,000 secara one-off serta bantuan kos sara hidup sebanyak RM700 selama 36 bulan dengan jumlah keseluruhan RM25,200 yang dibayar ke akaun pelajar," katanya.

Selain itu, katanya, MAIDAM turut membantu memberi kemudahan pembelajaran kepada Ayra Mikayla dengan membekalkan sebuah komputer riba.

"Kita juga telah luluskan peruntukan untuk pembelian satu unit komputer riba diserahkan dalam bentuk peranti kepada pelajar ini dengan nilai sebanyak RM2,287.

"Kita harap dengan sumbangan ini ia dapat membantu pelajar ini belajar dengan selesa dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!