Pengguna jalan raya kantoi positif dadah

JSPT Bukit Aman bersama AADK menjalankan Operasi Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar pada Selasa.
JSPT Bukit Aman bersama AADK menjalankan Operasi Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Enam pengguna jalan raya dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan semasa Op Bersepadu di Plaza Tol Awan Besar, di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Peronda Lebuh Raya (EMPV) Kesas JSPT Bukit Aman bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula jam 10.30 malam.

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia 24 hingga 43 tahun membabitkan penunggang motosikal, pemandu serta kelindan lori.

Sebanyak 65 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam operasi yang tamat pada jam 1 pagi itu.
Sebanyak 65 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam operasi yang tamat pada jam 1 pagi itu.

"Lima suspek didapati positif methamphetamine dan seorang lagi positif dadah jenis opiate.

"Sebanyak 65 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan dalam operasi yang tamat pada jam 1 pagi itu, antaranya antaranya tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada pelekat L dan P serta kesalahan teknikal," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, operasi berkenaan dijalankan bagi mengesan pesalah trafik selain penyalahgunaan dadah.

"Polis akan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!