Pemuda mengaku salah ugut ibu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PETALING JAYA – Seorang anak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan mengugut ibunya, Selasa lalu.

Pembantu di pusat permainan kanak-kanak, Muhammad Zahir Mohd Zubir, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 26 September depan untuk fakta kes dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkelakuan kurang sopan terhadap Zalya Ibrahim, 46, dengan mengeluarkan kata-kata ugutan, di sebuah rumah di Kampung Lindungan, di sini pada jam 6 petang, 19 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membaca hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, pegawai pendakwa, Inspektor Mohd Ghazali Zulkifli mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu kadar itu dikurangkan kerana dia baru mendapat pekerjaan.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Shahril Anuar membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!