Perancis belasah Namibia 96-0
DAMIAN Penaud mencatat hatrik try ketika Perancis membelasah Namibia 96-0 dalam aksi Kumpulan A, Piala Dunia di Marseille pada Jumaat.
Namun, kemenangan besar itu terpaksa dibayar mahal selepas kapten mereka, Antoine Dupont mengalami kecederaan disyaki patah tulang pipi selepas dikasari pemain Namibia, Johan Deysel.
Dia hampir pasti akan terlepas perlawanan terakhir Kumpulan A, menentang Itali, dua minggu dari sekarang.
Perancis kini mengumpul 13 mata daripada tiga perlawanan kumpulan A mereka, tiga mata di hadapan Itali di tempat kedua yang menentang New Zealand di Lyon pada 29 September dan Perancis pada 6 Oktober.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke suku akhir.
“Positifnya ialah kemenangan, mata dijaringkan dan tiada bolos dalam perlawanan yang kami harungi ini," kata jurulatih, Fabien Galthie.
Ditanya mengenai Dupont, Galthie berkata: "Kami akan menunggu imbasan dan sementara itu meraikan kemenangan yang indah ini," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!