Gambar Hamzah bersama Ramasamy cetus pelbagai reaksi warganet

Hamzah (dua dari kanan) bergambar bersama Ramasamy (dua dari kiri) dan dua individu lain yang dimuat naik di Facebooknya.
Hamzah (dua dari kanan) bergambar bersama Ramasamy (dua dari kiri) dan dua individu lain yang dimuat naik di Facebooknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin memuat naik gambar bersama bekas Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy di Facebooknya menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran yang dikongsikan dengan keterangan 'kawan-kawan lama dari Penang', Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut turut dilihat bergambar dengan dua individu lain.

Susulan perkongsian tersebut, pengikutnya memberikan pelbagai reaksi.

Ramasamy yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang sebelum ini mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk memberikan keterangan bertentangan dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga antara individu yang lantang mengkritik parti dalam gabungan kerajaan ketika ini iaitu UMNO.

Pada Ogos lalu, Ramasamy yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai mengumumkan keluar parti DAP berkuat kuasa serta-merta.

Beliau juga turut meletakkan semua jawatannya dalam parti berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!