'Wakil rakyat jangan salah guna peruntukan'

Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Zainal Alimuddin
Laporan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Zainal Alimuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Peruntukan wakil rakyat tidak boleh digunakan bagi tujuan peribadi kerana dibimbangi menjurus kepada jenayah rasuah yang berselindung dengan alasan hadiah.

Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Pulau Pinang, Dr Zainal Alimuddin Zainal Alauddin berkata, mana-mana wakil rakyat perlu memberi penjelasan sekiranya menggunakan peruntukan berkenaan kerana wang tersebut adalah hasil daripada rakyat yang membayar cukai.

“Contohnya apabila orang awam memberi wang kepada pasangan berkahwin, mungkin bukan rasuah tapi hanyalah hadiah, tetapi kalau hadiah diberikan wakil rakyat kepada seseorang individu, boleh dianggap rasuah.

“Wakil rakyat perlu amanah dan prihatin apabila menggunakan peruntukan tersebut.

“Ini (peruntukan untuk rakyat) bukan seperti duit sendiri, ia merupakan hak rakyat dan mereka wajar manfaatkan untuk kegunaan seluruh komuniti, bukan hanya individu,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa bahawa mana-mana ahli Parlimen yang ‘menghulur wang’ secara peribadi kepada orang lain menggunakan peruntukan wakil rakyat dikategorikan sebagai satu kesalahan rasuah dan wajar diambil tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zainal Alimuddin berkata, ahli Parlimen dinasihatkan supaya berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum menggunakan wang peruntukan sebelum disalah tafsir sebagai rasuah.

“Boleh atau tidak boleh adalah berdasarkan kepada tahap keimanan seseorang kerana iman yang akan menjadi panduan buat diri mereka. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana menjadi kesalahan untuk wakil rakyat menggunakan peruntukan itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!