Anak bongsu ADUN Meru meninggal dunia

Mohd Fakrulrazi memeluk jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang semalam.
Mohd Fakrulrazi memeluk jenazah anaknya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang semalam.
A
A
A

KLANG – Anak bongsu ADUN Meru, Nurul Hayfa Farha Mohd Fakhrulrazi, tujuh bulan, meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi semalam di Pusat Perubatan KPMC Puchong.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat demam panas.

Mohd Fakrulrazi Mohd Mokhtar berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Allahyarham memang demam panas sejak Jumaat lepas. Doktor pesan, kalau lepas tiga hari demamnya masih tidak kebah, dia perlu datang semula ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Semalam kami hantar semula dia ke hospital sebab demamnya masih tak kebah. Waktu sampai di hospital, Allahyarham masih bernafas dan bertindak balas tapi lemah.

“Tak sampai 30 minit masa terima rawatan, puteri kesayangan kami sekeluarga pergi meninggalkan kami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Fakrulrazi memeluk jenazah anak bongsunya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang semalam.
Mohd Fakrulrazi memeluk jenazah anak bongsunya buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong petang semalam.

Tambahnya, walaupun berat dugaan diterima, namun beliau sekeluarga reda dengan pemergian puteri bongsu daripada tujuh beradik itu.

Artikel Berkaitan:

“Allahyarham anak paling senang dan mudah dijaga, penghibur buat kami sekeluarga. Tapi kita tak boleh tidakkan percaturan ALLAH.

“ALLAH lebih sayangkan dia dan kami bersyukur diberi kesempatan menjaga serta mencurahkan sepenuh kasih-sayang kepadanya,” katanya.

Menurutnya, barang kelengkapan Allahyarham untuk menyambut Syawal juga sudah disediakan.

“Awal-awal lagi isteri saya dah beli kelengkapan Syawal untuk Allahyarham, tapi kita hanya mampu merancang.

“Doakan kami sekeluarga kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Terima kasih kepada semua yang datang menziarahi serta memberi kata-kata semangat kepada kami,” katanya.

Allahyarham Nurul Hayfa Farha disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Puchong selepas solat Asar petang semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!