'Jodoh' Xavi bersama Barcelona hingga 2025

Xavi - Foto AFP
Xavi - Foto AFP
A
A
A

BARCELONA melanjutkan kontrak Xavi sebagai pengurus kelab itu untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2025 dengan pilihan tambahan selama setahun.

Perkhabaran itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan kelab pada Sabtu.

Jurulatih berusia 43 tahun itu mengambil alih jawatan jurulatih pada 2021 dan menjulang kelab untuk meraih kejuaraan La Liga pertama mereka sejak 2019 dan Piala Super Sepanyol musim lepas.

"Kami hadir pada masa yang sukar dan dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

"Musim lepas kami memenangi dua gelaran penting. Kami dalam proses peralihan," katanya.

Bekas pemain Barcelona dari tahun tahun 1998 hingga 2015 itu pernah dianggap antara tonggak tengah paling kreatif di dunia pada eranya.

Musim ini menyaksikan Barcelona memulakan saingan dengan sempurna termasuk kemenangan 5-0 ke atas Real Betis dalam kancah La Liga dan menewaskan Royal Antwerp dalam saingan Liga Juara-Juara.

Xavi mengambil alih tugas daripada Ronald Koeman, dua tahun selepas bersara sebagai pemain dengan kontrak sehingga pertengahan 2024.

Artikel Berkaitan:

Sepanjang tempoh dua tahun Barcelona mencatat 60 kemenangan daripada 96 aksi yang dikendalikan Xavi dalam semua pertandingan.

Barcelona ketika ini menghuni tangga kedua La Liga, dua mata di belakang Real Madrid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!