34 premis makanan dikompaun, dua diarah tutup

19 dari 31 premis makanan di sepanjang jalan Radin Anum, Radin Tengah dan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling diperiksa dalam operasi dijalankan
19 dari 31 premis makanan di sepanjang jalan Radin Anum, Radin Tengah dan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling diperiksa dalam operasi dijalankan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 34 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua premis makanan dikenakan tindakan arahan penutupan dalam satu operasi dilaksanakan sekitar ibu negara.

Tindakan penguatkuasaan tersebut diambil kerana pengusaha menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan yang sah dan pemilik atau pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendali makanan.

Pentadbir laman Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, sejumlah 19 dari 31 premis makanan dilawati di sepanjang jalan Radin Anum, Radin Tengah dan Radin Bagus, Bandar Baru Sri Petaling.

"Hasil pemeriksaan dua telah ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan 28(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016.

Dua premis makanan dikenakan tindakan arahan penutupan dalam operasi dilaksanakan sekitar ibu negara.
Dua premis makanan dikenakan tindakan arahan penutupan dalam operasi dilaksanakan sekitar ibu negara.

"Selain itu sebanyak 34 kompaun dikeluarkan di bawah undang-undang kecil yang sama," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pihak berkuasa tempatan itu pada Jumaat.

Jelasnya, antara kesalahan lain dilakukan oleh premis-premis tersebut termasuklah membiarkan lantai dinding dapur kotor dan jubin rosak serta perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik.

“Selain itu, makanan didapati di atas lantai dan terdapat hurungan makhluk perosak di penempatan makanan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

DBKL menegaskan pihaknya akan meneruskan tindakan dari semasa ke semasa kerana ia melibatkan soal keselamatan dan kesihatan warga kota selaku pelanggan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!