PRK Pelangai: Cikgu Kasim fokus isu pembangunan

Kasim
Kasim
A
A
A

BENTONG - Isu pembangunan menjadi fokus utama calon Perikatan Nasional(PN), Kasim Samat, 62, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong itu memberitahu, antara yang menjadi tumpuan ialah infrastruktur jalan di DUN terbabit yang disifatkan kurang memberangsangkan.

"Saya juga yakin di DUN Pelangai ini, gelombang hijau akan beralih di sini berdasarkan situasi semasa.

"Kalau ditanya untuk memenangi hati anak-anak muda, kebanyakan di sini adalah anak-anak murid sekolah dan silat...rapat dengan saya," katanya yang juga Pengerusi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan Negeri Pahang.

Anak jati kelahiran Felda Chemomoi dan pernah mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Felda Chemomoi itu ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul pada Sabtu.

Sebelum ini, Kasim turut menjadi calon PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dimenangi penyandang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun di DUN Pelangai.

PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Johari pada 17 Ogos lalu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Pada PRU15 lalu, Johari berjaya memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim Samat.

Artikel Berkaitan:

Beliau memperoleh 7,308 undi berbanding 3,260 undi diterima lawannya itu manakala dua lagi calon iaitu Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (2,031) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).