Hassan Karim dakwa Pasir Gudang putus bekalan makanan asas
PASIR GUDANG - Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengadakan jualan Rahmah di daerah ini bagi mengatasi masalah ketiadaan barang keperluan asas.
Beliau berkata, KPDN perlu segera mengadakan program jualan Rahmah atau menghantar bekalan makanan yang cukup ke Pasir Gudang sekarang.
"Rakyat amat mengharap pertolongan kerajaan. Rakyat sedang marah. Beras tempatan tak ada, minyak masak tak ada gula pasir tak ada, telur ayam tak ada.
"Mohon KPDN tolong rakyat kami di Pasir Gudang. Tidak pernah rakyat mengalami putus bekalan makanan utama seperti sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!