Akhiri zaman duda, Noh Salleh kini sah suami Fatin Athira

Noh Salleh (kiri) selamat mendirikan rumah tangga bersama Fatin Athira Mustapha.
Noh Salleh (kiri) selamat mendirikan rumah tangga bersama Fatin Athira Mustapha.
A
A
A

PENYANYI Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Fatin Athira Mustapha.

Kedua-duanya disatukan dalam majlis ijab kabul di Tanjung Malim, Perak.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman sosial Noh, beliau sedang duduk di pelamin.

Berkongsi kapsyen pendek, Noh hanya menyatakan nama beliau dan isteri serta tarikh pernikahan.

Noh kelihatan elegan memakai baju Melayu dan sampin putih manakala dan Fatin Athira pula menggayakan baju kurung moden dan tudung rona yang sama. Busana raja sehari serba putih berkenaan adalah rekaan Fidae.

Beberapa hari lalu, vokalis Hujan itu mengumumkan kepada peminat akan mendirikan rumah tangga ketika membuat persembahan namun tidak berkongsi tarikh hari bahagianya bakal berlangsung.

Terdahulu, pasangan ini telahpun mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu di rumah keluarga Fatin Athira di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor.

Sebelum ini, Noh mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa. - Sinarplus