MBSB Bank rai kesetiaan, kepercayaan pelanggan menerusi kempen SBMB

Mohd Izham (enam dari kiri) bersama 12 pemenang kempen SBMB 2.0, pada Sabtu.
Mohd Izham (enam dari kiri) bersama 12 pemenang kempen SBMB 2.0, pada Sabtu.
A
A
A

KEMPEN Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) CASA-I anjuran MBSB Bank Berhad (MBSB Bank), bakal diteruskan dalam usaha meraikan kesetiaan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan.

Ketua Saluran Pengagihan Cawangan MBSB Bank, Mohd Izham Ahmad berkata, kempen berkenaan memberikan peluang kepada semua pelanggan mereka untuk memenangi pelbagai hadiah mewah dan menarik.

Menurutnya, kempen SBMB 2.0 mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 70,000 pelanggan membuka akaun masing-masing di seluruh negara sehingga ke hari ini.

“Orang ramai yang mahu menyertainya hanya perlu membuka Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Primewin-i dengan deposit minimum RM100.

“Dengan berbuat demikian mereka (pelanggan) telah melayakkan diri masing-masing untuk memenangi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik,” katanya.

Mohd Izham berkata demikian pada sidang media sempena majlis penyampaian hadiah Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 CASA-i di Mydin Mall, Mutiara Rini di sini, pada Sabtu.

Mohd Izham
Mohd Izham

Tambah Mohd Izham, kempen SBMB 2.0 yang bermula 1 September 2022 dan berakhir 31 Mei 2023 mempunyai lapan kategori cabutan melibatkan cabutan bulanan, suku tahunan, digital, simpanan baharu, kesetiaan, serantau, khas dan hadiah utama.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, pihak MBSB Bank merancang untuk meneruskan kempen SBMB 3.0 pada masa akan datang dengan menawarkan hadiah-hadiah yang lebih lumayan.

Sementara itu, Mohd Izham berkata, pelanggan terutamanya golongan pelajar dan kanak-kanak turut berpeluang menjalani latihan yang dikendalikan oleh pihak kejurulatihan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers (Wolves), dengan membuka akaun MJunior sebanyak RM1,000.

Katanya, pihak MBSB juga telah mengenal pasti 500 lokasi di seluruh negara bagi tujuan berkenaan (latihan).

“Kita baru lancar, dijangka selesai pada Januari dan difahamkan setakat ini ada 400 tempat lagi (pelajar, kanak-kanak).

“Hadiah utama nanti adalah trip untuk menyaksikan perlawanan EPL bersama pasangan dengan kesemua perbelanjaan ditanggung,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!