Perasmian Jambatan Guai
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Jambatan Guai pada Majlis Perasmian Jambatan Guai hari ini.
Seri Paduka kemudiannya berkenan memasyurkan jambatan tersebut dengan nama Jambatan Al-Sultan Abdullah. Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Ahli Parlimen Bera.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!