Enam maut kilang bola golf meletup di Taipei

Asap tebal menjulang ke langit akibat letupan kilang bola golf di Taipei. - AFP
Asap tebal menjulang ke langit akibat letupan kilang bola golf di Taipei. - AFP
A
A
A

TAIPEI - Seramai enam orang termasuk tiga anggota bomba dilaporkan terbunuh dalam letupan sebuah kilang membuat bola golf di daerah Pintung pada Sabtu.

Kebakaran yang bermula petang Jumaat dan marak sepanjang malam, turut mencederakan 100 orang yang kebanyakan adalah pekerja.

Semasa insiden itu, seorang anggota bomba dan tiga pekerja dilaporkan hilang.

Presiden Taiwan Tsai Ing-wen melawat tempat kejadian pada pagi Sabtu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, siasatan berhubung punca tragedi itu sedang dijalankan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas kerja keras mereka memadamkan kebakaran tersebut," kata Tsai kepada kakitangan pasukan tindak balas kecemasan.

Seorang pegawai di Jabatan Bomba Pingtung memberitahu media tempatan bahawa bahan kimia peroksida yang disimpan di dalam kilang itu berkemungkinan menjadi punca satu letupan besar tersebut.

Katanya, beberapa orang terperangkap akibat letupan itu, yang menyebabkan bahagian bumbung kilang runtuh. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!