Bekalan satu gol belum selamat

Bacina
Bacina
A
A
A

PENGENDALI Kuala Lumpur City, (KL) City, Nenad Bacina mengakui kelebihan satu gol yang dimiliki ke atas Sri Pahang FC masih belum cukup pada perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur pada Ahad.

Menurut Bacina, beliau sedar laluan berliku yang akan dihadapi pasukannya sekali gus menuntut fokus tinggi dipamerkan para pemainnya.

"Perlawanan kedua Piala Malaysia dengan Sri Pahang di tempat mereka dah tentu lebih mencabar.

"Saya fikir pemain perlu yakin pada diri sendiri di mana mereka ada kualiti. Inilah yang kita mahu dan saya nak pemain dapat pamerkan aksi menarik," katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya KL City mempunyai kelebihan dan optimis para pemainnya akan menampilkan aksi terbaik untuk menundukkan Sri Pahang di laman lawan.

Bacina juga akui beberapa pemain utama pasukan akan kembali memperkuatkan pasukan dan mempunyai lebih banyak pilihan.

"Gallifuoco akan kembali, Sebastian Avanzini juga akan kembali. Malah saya akan memantau tahap kesediaan T Saravanan, begitu juga Haqimi Azim," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!