Peluang masih terbuka untuk Sri Pahang

Pemain Sri Pahang mendengar arahan Fandi dalam sesi latihan.
Pemain Sri Pahang mendengar arahan Fandi dalam sesi latihan.
A
A
A

SRI Pahang tidak akan menyerah awal dan berjanji akan bangkit dalam perlawanan timbal balik suku akhir Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur (KL) City di Stadium Darul Makmur pada Ahad.

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, peluang masih terbuka apatah lagi KL City hanya membawa bekalan tipis satu gol ke laman keramat Sri Pahang.

"Bagi saya peluang masih terbuka walaupun KL City sebuah pasukan yang bagus, tetapi kita yakin dengan pasukan kita sendiri.

"Kita perlu memastikan jentera serangan bersedia. Matlamat kita adalah perlu cetak gol dahulu dan kemudian stabilkan bahagian pertahanan dan tengah.

"Dalam masa sama, kita tidak boleh buat silap yang akan menyebabkan kita dihukum dengan jaringan gol lawan," katanya.

Sri Pahang terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada KL City dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur minggu lalu.

Dalam pada itu, Fandi mengakui pasukannya berdepan masalah kecederaan dan penggantungan sekali gus memberikan kesan kepada pasukan.

"Ketika ini, Shamie mengalami kecederaan pada buku lali ketika latihan, manakala Ingreso digantung kerana mengutip dua kad kuning," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!