Penduduk bandar Tokyo rasai pengalaman tuai padi di 'rooftop garden'

Di Roppongi Hills, Tokyo, orang awam menanam padi di bumbung bangunan untuk mempromosi budaya tradisi Jepun dan memupuk unsur-unsur kemasyarakatan. - Foto ihsan Mori Building
Di Roppongi Hills, Tokyo, orang awam menanam padi di bumbung bangunan untuk mempromosi budaya tradisi Jepun dan memupuk unsur-unsur kemasyarakatan. - Foto ihsan Mori Building
A
A
A

TOKYO - Kompleks Roppongi Hills di Tokyo mengalu-alukan kunjungan kanak-kanak dan penduduk di kawasan itu untuk merasai pengalaman menuai padi di rooftop garden, lapor Xinhua.

Kira-kira 170 orang, termasuk 70 kanak-kanak, menjejakan kaki dalam sawah padi dan mempelajari cara menggunakan sabit untuk menuai padi di sawah padi yang terletak di bumbung kompleks berkenaan.

Padi itu ditanam pada bulan Mei yang lalu.

Acara menuai padi itu telah diadakan setiap musim luruh oleh pemaju landskap bandar Mori Building Co sejak 2003, apabila Roppongi Hills yang menempatkan bangunan komersial dan kediaman bertingkat tinggi dibuka, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosikan bandar hijau dan membiasakan orang ramai dengan alam semula jadi dan budaya tradisional.

"Acara ini sangat menarik.

Ia memberi kami peluang untuk merasai pengalaman menuai padi di bandar," kata seorang pelajar sekolah menengah kepada pemberita.

Sejak 2006, Roppongi Hills telah bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk menanam dan menuai varieti terbaik dari wilayah itu.

Tahun ini, acara itu diadakan dengan kerjasama Toyama Prefecture. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!