Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin

Tiga bot nelayan tempatan turut membantu pencarian seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin pada Ahad. - Foto Bomba Perak
Tiga bot nelayan tempatan turut membantu pencarian seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin pada Ahad. - Foto Bomba Perak
A
A
A

MANJUNG - Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Senangin dekat Lumut di sini pada Ahad.

Laporan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis pada jam 9.58 pagi melibatkan mangsa berusia 19 tahun.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, semasa kejadian mangsa dikatakan sedang beriadah mandi laut di pantai tersebut.

Operasi mencari yang digerakkan masih belum menemui mangsa. - Foto Bomba Perak
Operasi mencari yang digerakkan masih belum menemui mangsa. - Foto Bomba Perak

"Operasi pencarian telah digerakkan di sekitar kawasan pesisiran pantai bersama tiga bot nelayan.

"Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai," katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi menyelamat turut dibantu polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!