Beras di Kelantan cukup walaupun terjadi banjir

Bekalan beras dihantar di PPK Kangkong pada Ahad.
Bekalan beras dihantar di PPK Kangkong pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Musim tengkujuh tidak akan menjejaskan pengeluaran beras di negeri ini berikutan jumlah pengeluaran bahan mentah itu melebihi penggunaan setakat ini.

Pengarah Kawal Selia Padi Beras Kelantan, Mohamed Fadhli Abdul Azid berkata, penggunaan beras di negeri ini antara 11,000 hingga 12,000 tan metrik beras dalam tempoh sebulan.

Menurut beliau, petani di Kelantan boleh menghasilkan kira-kira 91,000 tan metrik padi untuk semusim dan jumlah itu mencukupi jika berlaku banjir.

"Banjir sukar diramal tetapi jika berdasarkan rekod sebelum ini, Kelantan masih mampu mengeluarkan beras kerana ada sumber dari negeri lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Akhbar Khas Berkaitan Isu Beras Putih Tempatan (SST) dan Pelancaran Jualan Secara Besar- Besaran di PPK Kangkong di sini pada Ahad.

Mohamed Fadhli juga memberitahu, bekalan turut diterima dari Kedah, Selangor dan dan beberapa syarikat pengeluar beras di negara ini.

Jelas beliau, bekalan beras putih tempatan diyakini mencukupi kerana tanaman musim kedua padi bagi 2023 bakal dituai hujung bulan ini.

Selain itu beliau berkata, pihaknya sedang mengagihkan beras di beberapa pasar raya yang kehabisan makanan utama itu.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya beras ada melainkan terdapat individu yang melakukan pembelian panik dengan membeli jumlah yang banyak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!