Laporan pasangan warga asing minta sedekah dirujuk kepada UNHCR, JKM

Video tular yang memaparkan wanita terbabit berang dan menunjukkan isyarat lucah
Video tular yang memaparkan wanita terbabit berang dan menunjukkan isyarat lucah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti jika ada pelanggaran undang-undang berkaitan insiden seorang wanita warga asing bertindak biadab selepas kegiatannya disyaki menjalankan sindiket meminta sedekah di sekitar ibu kota terbongkar.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan insiden terbabit.

"Laporan itu telah dirujuk kepada Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut. Polis akan melihat jika ada sebarang pelanggaran undang-undang berkaitan insiden terbabit," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Berdasarkan video berdurasi 22 saat yang tular sejak Jumaat, wanita itu dilihat berang dan menunjukkan isyarat lucah kepada lelaki yang merakamkan perbuatannya itu.

Menerusi klip berkenaan, wanita itu disyaki melakukan kegiatan meminta sedekah bersama pasangannya yang juga seorang lelaki warga asing bersama seorang kanak-kanak.

Di dalam video terbabit, individu yang merakam pasangan berkenaan turut didengar mahu mengadukan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!