Tentera Israel bunuh dua rakyat Palestin di Tebing Barat
TULKAREM (Palestin) - Tentera Israel membunuh dua rakyat Palestin dalam serbuan di Kem Pelarian Nur Shams di Tebing Barat yang diduduki pada Ahad.
Pegawai hospital tempatan berkata, rakyat Palestin itu maut dalam serbuan oleh tentera Israel di kem di bandar Tulkarem dari beberapa tempat lain.
Saksi berkata, pertempuran bersenjata berlaku antara penduduk Palestin dan tentera Israel, dengan tentera Israel merosakkan jalan di kem dan kenderaan Palestin dengan jentolak, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Agensi Berita WAFA, rakyat Palestin yang terbunuh dikenal pasti sebagai Asaad Jab'awi, 21, dan Abdurrahman Suleiman Abu Daghash, 32.
Tentera Israel masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai serbuan itu. - Bernama- Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!