Cikgu Kasim mahu tingkatkan kadar celik al-Quran warga Pelangai

Cikgu Kasim
Cikgu Kasim
A
A
A

BENTONG - Meningkatkan kadar celik al-Quran dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menjadi antara hasrat dan manifesto calon Perikatan Nasional PRK kawasan itu, Kasim Samat, 63, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim.

Menurutnya, selain itu beliau juga mahu memperjuangkan pembangunan infrastruktur yang diperlukan.

"Sebagai calon pilihan raya, saya pun ada bawa misi agar pembangunan perlu ditingkatkan di sini, peluang-peluang pekerjaan, infrastruktur untuk keluar masuk di DUN Pelangai agak lemah.

"Menerusi peluang diberi kepada saya nanti, insya-ALLAH saya perjuangkan untuk generasi kedua mempunyai rumah, kemudian jalan keluar masuk dan kita juga nak tingkatkan kadar celik al-Quran. Itu fokus kita," katanya ditemui ketika ziarah di Kampung Shafie pada Ahad.

Justeru, beliau berharap pengundi dapat memberikan peluang kepadanya untuk berbakti dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat di kawasan itu.

"Saya harap pengundi beri peluang kepada saya seperti peluang dan kepercayaan diberikan kepada wakil rakyat sebelum ini," ujarnya.

PRK DUN Pelangai menyaksikan persaingan tiga penjuru iaitu calon PN, BN, Bebas.

BN mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, 50, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi.

Artikel Berkaitan:

Bekas ahli UMNO Kampung Sum-Sum, Haslihelmy DM Zulhasli pula bertanding sebagai calon bebas menggunakan lambang kereta.