Afdlin Shauki sahkan sudah berkahwin

Afdlin Shauki
Afdlin Shauki
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki mengesahkan sudah kembali bergelar suami.

Tanpa mendedahkan siapakah suri hatinya, Afdlin memberitahu telah berkahwin pada tahun ini dalam satu temu bual di sebuah program pada Ahad.

“Alhamdulillah, saya sudah berumah tangga dan bahagia dengan kehidupan sekarang. Saya rasa tenang.

“Anak beranak dan bekas isteri juga saling mengenali dan merestui. Kami pun dalam keadaan yang sangat gembira. Segala urusan dipermudahkan, itu yang saya mahukan.

“Tapi, bagi saya ia sangat peribadi. Apa yang penting adalah kerja dan tidak mahu perkara ini menjadi fokus sebab saya orangnya memang begitu,” katanya.

Tambah Afdlin, dia tidak berniat untuk merahsiakan berita gembira itu dan menyatakan, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan kehidupan peribadi mereka.

Jelasnya, setiap orang mempunyai cara berbeza menangani kehidupan dan cabaran hidup.

“Saya tengok orang lain punya perkahwinan atau penceraian semua tersebar luas. Biarlah itu cara mereka,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Afdlin dan bekas isterinya iaitu Maria Christina Orow Abdullah bercerai pada April tahun lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1997 dan dikurniakan tiga anak iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!