Warga emas hilang sejak 1 Ramadan

Baju terakhir dipakai Ramli sebelum dilaporkan hilang, Isnin minggu lepas di rumah anaknya di Damansara.
Baju terakhir dipakai Ramli sebelum dilaporkan hilang, Isnin minggu lepas di rumah anaknya di Damansara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas dilaporkan hilang dari rumah anaknya di Bandar Sri Damansara sejak 1 Ramadan lalu.

Anaknya, Shida Ramli, 57 berkata, bapanya Ramli Ilong, 85 yang mempunyai masalah nyanyuk disedari hilang kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, ayahnya yang merupakan pesara polis memakai baju Melayu kuning, seluar panjang gelap dan berselipar kulit pada hari terakhir sebelum dilaporkan hilang.

"Jam 6 petang abah dah bersiap kerana tak sabar nak ke masjid untuk berbuka puasa. Dia tunggu di luar rumah bersendirian dan bila kami keluar tengok dia dah tak ada.

"Kami dah cari sekitar rumah tapi tak jumpa sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran. Dia tinggal di rumah saya dah 10 bulan tapi tak ingat jalan pulang kerana ke mana-mana bersama kami," katanya.

Katanya, keluarga bimbang akan keselamatan bapanya yang keluar rumah bersama wang saku tapi tanpa membawa dokumen diri.

"Sebelum ini abah pernah hilang juga sewaktu menetap di rumah adik di Seremban dan Selangor, tapi berjaya ditemui kurang 24 jam. Cuma kali ini paling lama.

"Saya harap jasa baik orang awam yang jumpa atau ada maklumat menghubungi saya di talian 016-363 3839. Semoga pada bulan yang mulia ini abah kembali saya ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!